">
Welcome to Persatuan Pelajar Malaysia Yaman PERMAYA
    

   
   
  Ahlan Wasahlan !
Home Quran Tafsir Hadith Forum Download
Login
 Username
 Password
 Remember me


 Log in Problems?
 New User? Sign Up!

Menu User
· Home

PERMAYA
New Page 2
Informasi :
  • What's New!

    Organisasi :
  • Pimpinan 2003/04
  • Pimpinan 2004/05
  • Pimpinan 2005/06
  • Pimpinan 2006/07
  • Pimpinan 2007/08
  • Pimpinan 2008/09
  • Pimpinan 2009/10
  • Pimpinan 2010/11

    A.J.K Unit IT :
  • Unit IT 2005/06
  • Unit IT 2006/07
  • Unit IT 2007/08
  • Unit IT 2008/09
  • Unit IT 2009/10

    Menu Utama :
  • Info Yemen
  • Kedutaan
  • Sejarah PERMAYA
  • Matlamat PERMAYA
  • Logo PERMAYA
  • Manual PERMAYA
  • UPP PERMAYA
  • Pengajian Di Yaman

    Caw. Hadramaut :
  • PERMAYA Hadramaut
  • Organisasi
  • Darul Mustafa
  • Rubat Tareem

    Ilmiah :
  • Mukjizat Saintifik
  • Tafsir Al-Quran

    Perkhidmatan :
  • Carian
  • Download
  • Pengguna PDA
  • Rangkaian Web
  • Forum Komuniti
  • Galeri PERMAYA
  • Flash Games
  • Nasyid Arab
  • Lirik Nasyid
  • Arkib Tulisan Rawak
  • Kiraan Zakah

    Sumbangan :
  • Hantar Soalan
  • Hantar Tulisan
  • Hantar Lirik
  • Hantar Web Anda

    Sokongan :
  • Banner Promosi
  • Hubungi Webmaster
  • Hubungi PERMAYA
  • Promosikan Kami

    Info Laman :
  • Senarai Ahli
  • Statistik Laman
  • Senarai Popular


  • Arkib












    Headlines







    Online Panel
    members: 25640
    guests online: 6
    members online: 0

    You are an anonymous user. You can register for free by clicking HERE


    Pentadbiran PERMAYA

    (643 total words in this text)
    (5469 Reads)   Printer friendly page

    Bidang kuasa dan tugas Exco PERMAYA secara terperinci adalah seperti berikut :

    1. LEMBAGA PENASIHAT PERMAYA:

    (a) Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat dan bimbingan serta menjadi tempat rujukan Exco PERMAYA.
    (b) Menyelesaikan sebarang masalah yang tidak dapat diselesaikan di peringkat exco.
    (c) Berhak dijemput menghadiri mesyuarat exco mengikut keperluan.
    (d) Peruntukan bidang kuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keperluan semasa.


    2. MAJLIS TERTINGGI ( MT ):

    (a) Membuat keputusan dalam perkara-perkara yang perlu disegerakan.
    (b) Memaklumkan sebarang tindakan dan keputusan kepada exco berhubung dengan perkara yang diputuskan.
    (c) Peruntukan bidang kuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keperluan semasa.

    3. PRESIDEN:

    (a) Menetapkan dan mempengerusikan mesyuarat exco.
    (b) Menyampaikan ucaptama dalam MAT.
    (c) Mewakili PERMAYA selaku jurucakap dalam majlis-majlis rasmi.
    (d) Bertanggungjawab ke atas Lajnah HEWI PERMAYA.
    (e) Peruntukan bidang kuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keperluan semasa.


    4. TIMBALAN PRESIDEN ( TP ) :

    (a) Membantu dan bekerjasama dengan Presiden dalam melaksanakan tugas.
    (b) Memangku jawatan Presiden semasa keadaan memerlukan.
    (c) Sebagai mas’ul yang bertanggungjawab ke atas semua hal ehwal urusan cawangan.
    (d) Peruntukan dan bidang kuasa adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keperluan semasa.


    5. NAIB PRESIDEN ( NP ) :

    (a) Membantu dan bekerjasama dengan Presiden dalam melaksanakan tugas.
    (b) Memangku jawatan Timbalan Presiden semasa keadaan memerlukan.
    (c) Bertindak sebagai Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Akademik.
    (d) Peruntukan bidang kuasa adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keperluan.


    6. SETIAUSAHA AGUNG ( SUA ):

    (a) Bertanggungjawab bagi pelaksanaan, pentadbiran dan penyelarasan kerja-kerja persatuan di bawah pentadbiran Presiden.
    (b) Menyediakan sebarang penyata mengenai gerak kerja dan kemajuan PERMAYA bagi MAT dan MAK serta mesyuarat exco.
    (c) Diberi kuasa oleh Presiden untuk mengeluarkan kenyataan bagi pihak PERMAYA.
    (d) Peruntukan bidang kuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keperluan semasa.


    7. BENDAHARI AGUNG ( BA ):

    (a) Bertanggungjawab menyediakan penyata kira-kira PERMAYA 6 bulan sekali.
    (b) Bertanggungjawab merekodkan semua aset PERMAYA di dalam buku rekod rasmi dan disemak serta disahkan oleh Exco PERMAYA dan Pemeriksa Kira-kira sekurang-kurangnya 4 bulan sekali.
    (c) Peruntukan bidang kuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan dan penambahan mengikut keperluan semasa.


    8. LAJNAH TARBIAH DAN AKADEMIK ( LTA ):

    (a) Dipengerusikan dan dipertanggungjawabkan kepada Naib Presiden.
    (b) Mengadakan kelas bimbingan dan pengajian untuk ahli.
    (c) Bertanggungjawab mengadakan program-program yang boleh meningkatkan sahsiah Islamiah dan prestasi kecemerlangan akademik ahli.
    (d) Peruntukan bidang kuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan dan penambahan mengikut keperluan semasa.


    9. LAJNAH PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN ( LPP ):

    (a) Mengendalikan majlis sambutan tetamu dan pelajar baru.
    (b) Menyediakan maklumat-maklumat institusi pengajian di Yaman.
    (c) Membantu menguruskan visa pelajar.
    (d) Bertanggungjawab mengadakan program yang berkaitan perhubungan dan penerangan.
    (e) Peruntukan bidang kuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keadaan semasa.


    10. LAJNAH KEBAJIKAN ( LK ):

    (a) Bertanggungjawab terhadap aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan ahli.
    (b) Mewujudkan tabung kebajikan dan melancarkan derma kebajikan mengikut keperluan.
    (c) Membantu menguruskan proses pendaftaran pelajar dan penempatan ahli.
    (d) Peruntukan bidang kuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keperluan semasa.


    11. LAJNAH SUKAN DAN KEBUDAYAAN ( LSK ):

    (a) Bertanggungjawab merancang, mengurus dan mengadakan aktiviti sukan dan kebudayaan.
    (b) Menjaga dan mengurus peralatan sukan dan kebudayaan.
    (c) Berusaha memperkenalkan sukan dan kebudayaan Malaysia kepada masyarakat tempatan.
    (d) Mengadakan aktiviti kebudayaan mengikut kesesuaian.
    (e) Peruntukan bidang kuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keperluan semasa.


    12. LAJNAH EKONOMI ( LE ):

    (a) Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menjana serta mengukuhkan ekonomi PERMAYA.
    (b) Peruntukan bidang kuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan serta penambahan mengikut keperluan semasa.


    13. LAJNAH HAL EHWAL WANITA ( HEWI ):

    (a) Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan perjalanan pentadbiran HEWI PERMAYA di bawah pengawasan Mas’ul.
    (b) Menjaga dan memelihara perpaduan serta persefahaman di kalangan ahli HEWI.
    (c) Peruntukan bidang kuasa dan tugas adalah tertakluk kepada perubahan dan penambahan mengikut keperluan semasa.


    14. PENGERUSI TETAP:

    (a) Mempengerusikan MAT dan MAK.
    (b) Merupakan kuasa pemutus dalam mana-mana pengundian yang mendapat undi yang sama.
    (c) Mempunyai kuasa eksklusif dan mutlak untuk memastikan kelancaran mesyuarat.
    (d) Bertanggungjawab mengumumkan Exco dan presiden PERMAYA yang dipilih dalam pilihan raya.
    (e) Menjalankan pemilihan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, 2 Setiausaha Sidang dan 2 Pemeriksa Kira-kira bagi sesi akan datang.


    15. SETIAUSAHA SIDANG:

    (a) Bertanggungjawab mencatat dan merekodkan perjalanan MAT dan MAK.
    (b) Menyiap dan menyerahkan Minit MAT dan MAK kepada Setiausaha Agung sebelum MAT dan MAK seterusnya diadakan.


    16. PEMERIKSA KIRA-KIRA:

    (a) Bertanggungjawab membuat pemeriksaan kira-kira kewangan PERMAYA dan memastikan semua transaksi dalam keadaan yang betul dan sempurna.
    (b) Dikehendaki menyemak dan mengesahkan penyata kira-kira dan buku rekod rasmi yang disediakan oleh Bendahari Agung.

      

    [ Back to [ PERMAYA ] | Sections index ]


    EasyNet Interactive Web Hosting | Domain Registration

    Site hosted by: EasyNet Interactive
    Web Hosting | Domain Registration.
    Persatuan Pelajar Malaysia Yaman PERMAYA
    P.O Box 3909, Tahrir Street, Sana'a, Republic Of Yemen.
    Email : permayaman@hotmail.com | admin@permaya.org
    Copyright © PERMAYA Since 2003 | Support Our Sponsor by bey
    PERMAYA Online dibangunkan menggunakan pelantar php