Rubat Tareem
(2116 total words in this text) (2059 Reads) 
PENGENALAN RUBAT TAREEM
-
Ia terletak di tengah-tengah Kota Tarem yang dilingkungi rumah-rumah dan
kedai-kedai.Kedudukannya juga berhampiran dengan Masjid Jamek Tarem,Masjid
Ba'lawi,Masjid As-Saqqaf dan Masjid al-Muhdor.
-
Pada tahun 1304 H binaan Rubat selesai dibangunkan dan pembukaan rasminya
dilakukan pada 14 Muharram 1305 H.Dengan tarikh ini menunjukkan usia Rubat
Tarem ini sudah melebihi 125 tahun.
-
Rubat Tareem terletak di jantung Kota Tareem yang didirikan oleh tokoh
Ba'lawi dari keluarga Al-Haddad, Al-Junaid, As-Sirri dan al-Arfan, manakala
yang pertama kali mewakafkan sebahagian besar tanahnya adalah Habib Ahmad
bin Umar As-Syatiri.
-
Pengetua Rubat Tareem yang pertama adalah Mufti Hadramaut Al-Allamah
Al-Habib Abdul Rahman Bin Mohammad Al-Mashyur (1305 H-1314 H).
-
Pengetua kedua Rubat Tareem adalah Al-Allamah Al-Habib Abdullah Bin Umar
As-Syatiri (1314 H-1361 H).
-
Pengetua ketiga Rubat Tareem Al-Allamah Al-Habib Alwi bin Mohammad Bin
Shihabuddin.
-
Pengetua keempat Rubat Tareem adalah generasi daripada anak-anak Habib
Abdullah As-Syatiri yang dipimpin oleh Habib Mahdi, Habib Abu Bakar, Habib
Hasan dan Habib Salim bin Abdullah As-Syatiri.
-
Sekarang Rubat Tareem berada di bawah pimpinan Habib Salim Bin Abdullah
As-Syatiri.
-
Di antara penyebab berdirinya Rubat Tareem adalah sulitnya tempat tinggal
bagi pelajar-pelajar yang datang dari tempat yang jauh, maka para tokoh
habaib pada ketika itu bersepakat untuk mendirikan Rubat Tareem sebagai
tempat menimba ilmu.
-
Seterusnya mengikut daftar Pejabat Rubat, Habib Abdullah bin Umar As-Syatiri
telah mencurahkan khidmatnya hampir 50 tahun mendidik penuntut-penuntut
Rubat Tareem dan di dalam tempoh tersebut lebih 13,000 ulama dikeluarkan.
-
Rubat Tareem ditutup buat sementara waktu semasa Yaman Selatan dikuasai oleh
Komunis iaitu antara tahun 1400 H-1412 H. Apabila Yaman kembali bersatu pada
tahun 1412 H ia dibuka kembali sehingga sekarang.
PENGAJIAN RUBAT TAREEM
-
3 kali sehari (Kelas Rasmi) iaitu Pagi selepas Solat Subuh, Petang sebelum
Maghrib dan 'Isya'.
-
Pengajian kelas sastera arab(Nahu) hanya di waktu pagi mengikut susunan
kitab-kitab daripada Risalah Fawaid Sughro Wal Kubro, Ajrumiah, Fusul
Fikriah, Mutammimah Ajrumiah, Qatrun Nada, Shuzur Zahab, matan Al-fiah, Ibnu
Aqil syarah matan Al-Fiah ash-Syanqiti.
-
Untuk kelas pagi pada hari Selasa dan Khamis sahaja matapelajaran bertukar
kepada kuliah fekah Faraid untuk hari Selasa mengikut susunan kitab Takmilah
Zubdatul Hadis, Ar-Rahbiyah,Syansyuri dan Futuhatul Ba'is manakala kuliah
fekah Munakahat untuk hari Khamis mengikut susunan kitab Miftah libabin
Nikah, Uddatul Wassilah, Zaitunatul al-qah,Mishkah dan kitab Nikah fil
Minhaj.
-
Selepas tamat pengajian pagi, pelajar diwajibkan menghafal matan di hadapan
ustaz. Susunan Matan yang diwajibkan ialah Juz Amma, Arabain Nawawi,
Aqidatul Awam, Safinatun Naja, Zubad Ibnu Ruslan,Al-Fiah,Rahbiah dan
A-Irsyad.Pelajar boleh memilih matan lain jika sudah tamat hafazan yang
diwajibkan seperti Mutammimah, Muqaddimah Hadramiah, Abi Syujak dan
Minhad.Pelajar di galakkan untuk menghafal Al-quran dan hadis selepas tamat
hafazan yang dijawabkan.
-
Kelas petang dan malam ditumpukan untuk pengajian kitab-kitab fekah sahaja
mengikutsusunan daripada kitab Risalah Jamiah,Mukhtasor Latif,Safinatul
naja,Muqaddimah hadramiah,Zubad Ibnu Ruslan,Mtan Abi Syujak,Ibnu
Qasim,Umdah,Fathul Muin ,Minhaj At-Tolibin, Mahali dan Fathul Wahhab.
KEGIATAN PELAJAR
Kegiatan mingguan.
-
Petang Isnin dan petang Khamis selepas makan tengah hari, pelajar diminta
menghadiri kelas umumi di Zawiyah Syeikh Ali.
-
Pagi selase bacaan Hadrah Ba-saudan(Qasidah-qasidah yang dikumpulkan oleh
Imam Abdullah Ba-saudah).
-
Petang isnin juga pelajar-pelajar dibenarkan keluar ke pasar dan wajib
pulang ke Rubat sebelum Maghrib.
-
Malam Jumaat bacaan Maulid Di-Ba'ie di masjid Babtin.
-
Malam Sabtu, kuliah umum untuk pelajar dan mensyuarat setempat disampaikan
oleh Al-Allamah Habib Salim Bin Abdullah As-Syatiri (Mudir Rubat Tareem).
-
Pagi Sabtu dan Rabu,kelas umum untuk pelajar-pelajar dan penduduk tempatan
selepas kelas rasmi.Kelas umum ini dinamakan Madras.kebanyakan yang membaca
kitab di kelas ini terdiri daripada ulama-ulama Tareen. Dan di antara kitab
yang dibaca di dalam kuliah ini adalah Tafsir Imam Baghawi (Tafsir Mualim
tanzil), hadis Imam Bukhari, Kitab-kitab Imam Haddad, Kitab Tasawuf Sya'roni,
Manaqib-manaqib ulama Hadramaut, kitab-kitab fekah seperti Muhazzab, Anwar
Al-Ardabili dan lain-lain lagi.
-
Pagi Khamis selepas subuh, Khataman Al-quran di Masjid Babtin.
-
Pagi Jumaat selepas subuh, bacaan Burdah Imam Busiri dan selepas itu pelajar
digalakkan menziarahi perkuburan Zambal (maqam-maqam Auliya Tareem )
-
Malam Isnin dan Khamis selepas pengajian resmi, pelajar dibenarkan
menghadiri Hadrah As-Saqqaf
-
Malam selasa, perhimpunan pelajar pempentangan undang-undang atau perkara
berbangkit dikalangan pelajar.
Kegiatan Bulanan
·
Pengajian umum di masjid Awwabin. Setiap selasa
hujung bulan.
·
Rehlah ke kolam renang dan beriadhah setiap khamis
hujung bulan.
Kegiatan Tahunan
-
Ziarah Nabi Allah Hud di Wadi Ahqaf pada awal bulan Syaaban.
-
Manghadiri Houl (Ulang tahun memperingati Habib Ali bin Mohammad Al-Habsyi
di Seiyun.
-
Ziarah Saidina Isa b. Mohammad Al-Muhajir di Hasisiyyah.
-
Ziarah Syeikhoh Sultonah.
Khidmat-khidmat yang disediakan untuk pelajar :
-
Telefon keluar Negara melalui talian internet
-
Bilik rawatan ppesakit dan rawatan diberikan secara percuma
-
Makanan disediakan 3 kali sehari (pagi-tengah hari- malam)
Syarat Kemasukan Pelajar
-
Mempunyai asas dalam bahasa arab dan boleh berkomunikasi dalam bahasa arab
-
Berumur lebih dari 18 tahun
-
Berakhlak dan beradab serta dapat menerima undang-undang yang ditetapkan
-
Mampu membayar yuran tahunan selama 2 tahun yang berjumlah 500 USD
-
Mampu membayar jaminan tiket pulang ke Negara asal yang berjumlah 500 USD
-
Mampu mambayar visa berlajar 100 USD (4 tahun)
Maklumat Lanjut Rubat Tareem
·
Hubungi Ustaz Zulkifli b. Suhaimi (wakil Malaysia
+6013-510-7557)
·
Website : www.rubat-tareem.net
·
Email : info@rubat-tareem.net
|