members: 25585
guests online: 6
members online: 0
You are an anonymous user. You can register for free by clicking HERE
|
|

This is Topic: Al-Qalam Following are the News Items published under this Topic.
|
|
See all
 |
Sopan santun ketika sakit dan perubatan menurut Sunnah I
Posted by ||dragon-ba|| on Saturday, June 05, 2010 - 10:29 AM (258 Reads)
|
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat & Salam ke atas Baginda S.A.W, juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda seluruhnya.
I. SAKIT
Terdapat beberapa hadis yang menegaskan bahawa sakit boleh menghapuskan kesalahan dan menghilangkan dosa. Di bawah ini adalah sebahagian dari hadis-hadis tersebut:
1. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda:
" ãä íÑÏ Çááå Èå ÎíÑÇð íÕÈ ãäå"
Yang bermaksud:”Sesiapa yang akan memperoleh limpahan kebaikan dari Allah, maka akan ditimpakan cubaan ke atas dirinya terlebih dahulu”
(Hadis Muttafaqun alaih)
2. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Sa`id Al-Khudri R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda:
|
Read more... (9106 bytes more) comments?
| |
 |
Haji Abdur Rahman Limbong Tokoh Pembebasan Bumi Darul Iman
Posted by syababkenyir on Wednesday, January 06, 2010 - 12:07 PM (1049 Reads)
|
Oleh: Lajnah Tarbiah dan Akademik PERMAYA 09-10.
Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir. Lahir pada tahun 1868 bersamaan dengan1285 Hijrah dan wafat di Mekah pada tahun 1929 bersamaan 1347 Hijrah.
Di mahkamah, lisannya fasih berkata-kata membela kebenaran yang disandarkan kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.Bukannya membela undang-undang ciptaan manusia.Di gelanggang medan laga pandai bermain senjata. Hidup di dunia ini tiada sesuatu apa pun yang ditakutinya kecuali kemurkaan Allah kerana melanggar perintah Allah dan rasul-Nya.
Haji Abdur Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah. Insan yang paling utama mencorak peribadinya ketika kanak-kanak ialah Haji Tun Muhammad iaitu ayah saudaranya.Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya’qub dan Haji Musa. Kedua-dua ulama itu tinggal di Paya Bunga. Selanjutnya yang membentuk peribadi Haji Abdur Rahman Limbong menjadi seorang sufi dan pejuang jihad ialah Tok Ku Paloh, ulama Terengganu yang terkenal.
|
Read more... (3946 bytes more) comments?
| |
 |
Pengorbanan
Posted by ||dragon-ba|| on Tuesday, December 08, 2009 - 12:50 AM (524 Reads)
|
Alhamdulillahi wakafa, Hari Raya Korban dari segi pengertian membawa makna pengorbanan. Dengan sebab itulah, apabila tiba hari raya korban, ulama-ulama kita seringkali memperingati kita tentang peristiwa korban yang berlaku diantara nabi Ibrahim dan nabi Ismail A.S. Maka ada baiknya pada kali ini, bersempena dengan hari raya korban, kita memperingati kembali akan kisah pengorbanan keluarga nabi Allah Ibrahim untuk kita sama-sama mengambil pengajaran dan pengiktibaran sepertimana yang dinyatakan oleh Allah S.W.T di dalam firman-Nya :
æóÇÐúßõÑú Ýöí ÇáúßöÊóÇÈö ÅöÈúÑóÇåöíãó Åöäøóåõ ßóÇäó ÕöÏöøíÞðÇ äóÈöíøðÇ
Yang bermaksud:
“Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di Dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; Sesungguhnya adalah ia seorang Yang amat benar, lagi menjadi Nabi”. (Surah Maryam:41)
|
Read more... (7934 bytes more) comments?
| |
 |
As-Syeikh As-Syahid Abdullah Azam Ulama' dan Mujahid zaman ini.
Posted by syababkenyir on Monday, November 30, 2009 - 12:51 AM (819 Reads)
|
Oleh: Lajnah Tarbiah dan Akademik PERMAYA 09-10.
Abdullah Yusuf Azzam dilahirkan pada tahun 1941 di Desa Asba’ah Al-Hartiyeh, Propinsi Jiniin, Tanah Suci Palestina yang diduduki Israel. Beliau dibesarkan di sebuah rumah yang bersahaja dimana Beliau memperolehi didikan agama, ditanamkan kecintaan terhadap Allah dan Rasul-Nya SAW, serta terhadap Mujahid yang berjuang di jalan-Nya dan terhadap orang-orang yang soleh yang mencintai kehidupan akhirat. Ketika masih kanak-kanak, Abdullah Azzam sudah menonjol di antara kanak-kanak yang lain. Beliau sudah bergerak melaksanakan dakwah Islam semenjak muda. Teman-teman sepergaulan mengenali beliau sebagai seorang anak yang soleh.
Beliau telah menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa sejak muda dan guru-guru beliau telah mengenali tanda-tanda ini sejak beliau masih di Sekolah rendah.Beliau memperoleh pendidikan rendah dan menengah di desanya dan kemudian melanjutkan pendidikan di Sekolah Tinggi Pertanian Khadorri hingga memperoleh diploma. Meskipun beliau yang termuda di antara teman-temannya, namun beliau adalah yang terpandai dan terpintar.Setelah menamatkan pendidikannya di Khadorri Beliau bekerja sebagai guru di Desa Adder, Jordan Selatan. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Fakulti Syariah, Universiti Damaskus, Syria sehingga memperolehi gelaran B.A. di bidang Syariah pada tahun 1966.
|
Read more... (14305 bytes more) comments?
| |
 |
Khalwat
Posted by ||dragon-ba|| on Wednesday, November 25, 2009 - 07:30 PM (710 Reads)
|
Syaitan amat giat dalam menebarkan fitnah dan menjerumuskan manusia kepada yang haram. Kerana itu Allah mengingatkan kita dengan firman-Nya:
íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ áÇ ÊóÊøóÈöÚõæÇ ÎõØõæóÇÊö ÇáÔøóíúØóÇäö æóãóäú íóÊøóÈöÚú ÎõØõæóÇÊö ÇáÔøóíúØóÇäö ÝóÅöäøóåõ íóÃúãõÑõ ÈöÇáúÝóÍúÔóÇÁö æóÇáúãõäúßóÑö
Yang bermaksud: “Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa Yang menurut jejak langkah Syaitan, maka Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara Yang keji dan perbuatan Yang mungkar”. (surah An-Nur: 21).
|
Read more... (1305 bytes more) comments?
| |
 |
Ad-Dhahiyyah (Bhgn.1)
Posted by ||dragon-ba|| on Wednesday, November 25, 2009 - 07:28 PM (575 Reads)
|
Takrif
Perkataan "Al-Udhiyah" dan "Ad-Dhahiyyah" adalah nama kepada haiwan sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari Tasyriq untuk mendekatkan diri kepada ALlah S.W.T.
Dalil Pensyariatan
Allah telah mensyariatkan korban sebagaimana dinyatakan melalui firman-Nya :
ÅöäøóÇ ÃóÚúØóíúäóÇßó ÇáúßóæúËóÑó (١)ÝóÕóáöø áöÑóÈöøßó æóÇäúÍóÑú (٢)Åöäøó ÔóÇäöÆóßó åõæó ÇáÃÈúÊóÑõ (٣)
1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan Yang banyak (di dunia dan di Akhirat).
2. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
3. Sesungguhnya orang Yang bencikan engkau, Dia lah Yang terputus (dari mendapat sebarang perkara Yang diingininya) (Surah Al-Kautsar:1-3)
|
Read more... (2329 bytes more) comments?
| |
 |
Kepimpinan Menurut Perspektif ISLAM
Posted by syababkenyir on Sunday, November 08, 2009 - 01:56 AM (1075 Reads)
|
Oleh: Lajnah Tarbiah dan Akademik PERMAYA 09-10.
PENGENALAN
Secara tabie, kepimpinan adalah satu bentuk realiti yang sentiasa wujud di alam ini. Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya, iaitu kepimpinan Allah SWT terhadap keseluruhan alam ini, hinggalah kepada sekecil-kecilnya iaitu kepimpinan individu.
Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah. Maka kepercayaan untuk menguruskan alam ini perlulah difahami dan dilaksanakan sepenuhnya oleh insan muslim itu sendiri. Firman Allah SWT Maksudnya : “ Sesungguhnya Aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di atas muka bumi. (al- Baqarah : 30)
|
Read more... (7145 bytes more) comments?
| |
 |
Syirik
Posted by ||dragon-ba|| on Wednesday, November 04, 2009 - 12:27 PM (602 Reads)
|
Syirik atau menyekutukan Allah adalah suatu yang amat diharamkan dan secara mutlak ia merupakan dosa yang paling besar. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
”Mahukah aku khabarkan kepada kalian tentang dosa yang paling besar (Nabi ulangi sebanyak tiga kali) ? “Lalu mereka berkata: Ya, wahai Rasulullah! “Beliau bersabda: “Menyekutukan Allah..” (Hadis Muttafaqun Alaih)
Setiap dosa berkemungkinan diampuni oleh Allah Taala, kecuali dosa syirik, ia memerlukan taubat secara khusus, Allah berfirman:
Åöäøó Çááøóåó áÇ íóÛúÝöÑõ Ãóäú íõÔúÑóßó Èöåö æóíóÛúÝöÑõ ãóÇ Ïõæäó Ðóáößó áöãóäú íóÔóÇÁõ
Yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya)". (An-Nisa`:48)
|
Read more... (5715 bytes more) comments?
| |
 |
Muqaddimah
Posted by ||dragon-ba|| on Wednesday, October 21, 2009 - 11:05 AM (555 Reads)
|
Segala puji bagi Allah. Kita memuji, memohon pertolongan dan meminta ampun kepada-Nya. Kita berlindung kepada Allah S.W.T dari segala kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan. Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, tidak ada yang boleh menyesatkannya dan barang siapa disesatkan oleh Allah, maka tidak ada yang boleh menolongnya. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi Muhammad S.A.W itu adalah hamba dan Rasul-Nya.
Amma ba`du.
|
Read more... (1815 bytes more) 1 Comment
| |
 |
Zina
Posted by ||dragon-ba|| on Tuesday, October 13, 2009 - 11:34 AM (711 Reads)
|
Di antara tujuan syariat adalah menjaga kehormatan dan keturunan. Kerana itu, syariat Islam mengharamkan zina. Allah berfirman:
æóáÇ ÊóÞúÑóÈõæÇ ÇáÒöøäóÇ Åöäøóåõ ßóÇäó ÝóÇÍöÔóÉð æóÓóÇÁó ÓóÈöíáÇ
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan)". (Al-Isra`:32)
Bahkan syariat menutup segala pintu dan apa saja jalan yang membawa kepada perbuatan zina. Yakni dengan mewajibkan hijab, menundukkan pandangan, juga dengan melarang khalwat (berduaan di tempat yang sepi) dengan lawan jenis bukan mahram dan sebagainya.
|
Read more... (3909 bytes more) comments?
| |
|