members: 25585
guests online: 7
members online: 0
You are an anonymous user. You can register for free by clicking HERE
|
|

This is Topic: Infomasi Following are the News Items published under this Topic.
|
|
See all
 |
Apabila Rasulullah tamu kita
Posted by siti aisah on Tuesday, March 02, 2010 - 12:00 AM (284 Reads)
|
Apabila Rasulullah tamu kita.............
Assalaamu'alaikum...
Saudaraku Seislam,
Bayangkan apabila Rasulullah saw dengan seizin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita...
Baginda datang dengan memberi salam, kemudian tersenyum dan muka bersih berseri di muka pintu rumah kita.
Apa yang nak kita buat?
Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk beliau seerat-eratnya dan dengan ramah mempersilakan baginda masuk ke bilik tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dengan bersungguh-sungguh agar Rasulullah saw sudi menginap beberapa hari dirumah kita.
|
Read more... (3571 bytes more) comments?
| |
 |
TEMURAMAH KHAS BERSAMA MANTAN PRESIDEN PERMAYA 2001-2002
Posted by apit on Saturday, February 20, 2010 - 12:00 AM (423 Reads)
|
Wartawan krew unit I.T saudara Zubir bin Mohd Daik telah berpeluang bertemuramah bersama Mantan Presiden PERMAYA 2001-2002 Al-Fadhil Ustaz Syed Mohd Nor Hisyam Bin Tuan Padang pada 18 febuari 2010 di kediaman ustaz Haji Shamsul Bin Musa.
Ikuti temubual beliau :
Krew Unit I.T : Assalamualikom ustaz.
Us.syed : wa`alaikumussalam
Krew Unit I.T : Bolehkah ustaz menerangkan serba sedikit tenteng biodata ringkas diri ustaz.
Us.Syed : Ana Syed Mohd Nor Hisyam Bin Tuan Padang, berasal dari Kampong Paloh Kuala Terengganu Negeri Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Syeh Abdul Malik kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di Kolej Sultan Zainal Abidin dalam bidang Syariah (KUSZA) Kuala Terengganu.Tamat pengajian di KUSZA pada tahun 2000 dan ana terus sambung ke Yaman di Univesiti Sains Dan Teknologi Sana’a . Alhamdulillah ana di tawarkan untuk terus belajar di tahun 3 di univesiti tersebut. Setelah setahun ana di sini ana di lantik sebagai Presiden PERMAYA. Alhamdulillah hujung tahun 2002 ana menamatkan pengajian di Univesiti Sins Dan Teknologi Sana’a . Pada tahun 2003 ana pulang ke tanah air. Pada hujung 2003 ana datang semula ke Yaman untuk menyambung pengajian di peringkat Master di Univesiti Sains Dan Teknologi Sana’a. Pada tahun 2004 berlaku Pilihan Raya Umum (P.R.U) di Malaysia dan Negeri Terengganu telah bertukar pentadbiran secara automatiknya segala bantuan keuwangan dari MAIDAM ditarik balik. Semenjak darii tu ana terpaksa membuat keputusan untuk menagguhkan pegajian Master di Univesiti Sains Dan Teknologi Sana’a. Pada tahun 2006 alhamdulillah ana ditawarkan untuk menyambung pegajian Master di Universiti Malaya.
|
Read more... (11314 bytes more) comments?
| |
 |
KITA BERPOTENSI UNTUK KEHADAPAN
Posted by apit on Tuesday, February 16, 2010 - 06:45 PM (511 Reads)
|
RUANGAN LUJNAH PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN (L.P.P)
Temuramah khas :
Bersama Ustaz Wan Mohamad Ariffuddin Bin Wan Omar
Wakil dari Krew Buletin Permaya , saudara Amiruddin Bin Othman telah berpeluang menemuramah Timbalan Presiden Permaya 2009/2010 ,Ustaz Wan Mohamad Ariffuddin Bin Wan Omar pada 18 November 2009 di Pejabat Kompleks PERMAYA.
Ikuti temubual tersebut :
B.P : Assalamualaikum.
Ust Arif : Wa’alaikumussalam.
B.P: Bolehkah Ustaz menceritakan serba sedikit biodata ringkas tentang diri ustaz?
Ust Arif : Nama penuh saya ialah Wan Mohamad Ariffuddin Bin Wan Omar. Dilahirkan pada 8 Oktober 1987. Dibesarkan dan masih lagi menetap di Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Baru 22 tahun dan semestinya masih bujang (sambil ketawa). Saya mempunyai 7 orang adik beradik. 3 lelaki, 4 perempuan dan saya merupakan anak yang keempat. Hobi saya ialah membaca, menulis kaligrafi arab dan beriadhah. Akhir sekali, cita-cita saya adalah ingin menjadi seorang pendakwah yang berjaya InsyaAllah.
|
Read more... (5421 bytes more) 1 Comment
| |
 |
Temuramah khas : Bersama Presiden PERMAYA
Posted by apit on Tuesday, February 16, 2010 - 12:00 AM (433 Reads)
|
RUANGAN LUJNAH PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN (L.P.P)
Wakil dari Krew Buletin PERMAYA, Saudara Amirudin bin Othman telah berpeluang menemuramah Ustaz Fadhli Rahmi bin Zulkifli, Presiden PERMAYA sesi 2009/2010 pada 25 Mei 2009 baru-baru ini bagi buletin bulanan PERMAYA yang akan disiarkan buat julung-julung kalinya.
B.P : Assalamualaikum
Ust Fadhli : Waalaikumussalam
B.P : Bolehkah Ustaz menceritakan serba sedikit biodata ringkas tentang diri Ustaz?
Ust Fadhli : Boleh insyaAllah, nama penuh saya Muhamad Fadhli Rahmi bin Zulkifli. Berasal dari Kg Pulau Serai, Dungun Terengganu dan saya dilahirkan di sana. Berumur 22 tahun dan masih bujang. Saya mempunyai 4 orang adik beradik dan saya yang pertama (sulung). Hobi saya ialah suka memberi kebajikan pada orang lain. Jika ada masa yang terluang saya akan merekacipta design dan yang terakhir sekali ialah cita-cita saya adalah ingin menjadi seorang pensyarah insyaAllah.
B.P : Dimanakah Ustaz mendapat pendidikan awal dan yang terakhir setakat ini?.
Ust Fadhli : Ketika saya berumur 5 dan 6 tahun, saya telah mendapat pendidikan awal di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan pada tahun seterusnya saya melanjutkan pendidikan di peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Pulau Serai Dungun. Seterusnya saya mendapat peluang menyambung pelajaran di peringkat menengah atas dan tinggi di Maahad Darul Quran Rusila sebelum saya berpeluang meyambung pelajaran di bumi Yaman ini.
|
Read more... (2010 bytes more) comments?
| |
 |
AL-WALA' VS AL-BARA'
Posted by sudin on Tuesday, June 02, 2009 - 09:31 PM (770 Reads)
|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ini untuk perkongsian dengan sahabat - sahabat yang di rahmati AlLah. Seperti mana biasa Lajnah Tarbiah dan Akademik PERMAYA mengadakan program mingguan di ruman PERMAYA. Minggu lepas tanggal 28 Mei , Ustaz Muslim b. Salleh telah dijemput untuk memberikan ceramah dengan tajuk yang dipilihnya iaitu Al- Wala' dan Al-Bara'. Marilah kita sama-sama selami kenyataan beliau.
Diantara wasilah daripada bermacam wasilah untuk kita bertemu dengan AlLah subhanahu wa ta’ala di akhirat kelak semestinya dengan memperbanyakkan amalan ibadah yang baik dan sempurna. Maka diantara beribu jenis ibadah dari bermacam bentuk terdapat satu amalan ibadah yang dapat menyampaikan kita kepada Tuan empunya bumi ini dengan selamat, insyaalLah. Ianya juga adalah satu perintah daripada AlLah subhanahu wa ta’ala yang bermaksud :
( Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada AlLah subhanahu wa ta’ala, dan taatlah kamu kepada Rasul-Nya, dan pemimpin dikalangan kamu…)
An-Nisa’ : 59
Note: Ditulis oleh Wartawan Unit IT PERMAYA..
|
Read more... (6150 bytes more) comments?
| |
 |
Penutup Daurah I'jaz Ilmi
Posted by nawfas_90 on Friday, May 29, 2009 - 06:51 PM (843 Reads)
|
Alhamdulillah, kalimah syukur ini ku sandarkan buat Sang Pencipta pemilik segala pujian. Selawat dan salam menjadi ungkapan bibir mengagumi perjuangan junjungan kebanggaan ummah, Nabi Muhammad SallalLahu 'alayhi wasallam dan para sahabat dalam memartabatkan Islam. Keberanian dan keimanan mereka redha dijadikan diri perisai kemulian Agama Islam.
Putaran jarum terus berdetik melalui paksi menyempurnakan tugasan, meninggalkan segala keringat memahat sejarah di kotak memori manusia.
InsyaAllah, coretan kali ini bakal menghebohkan disebalik kisah yang pernah kami lalui. Sekadar berkongsi pengalaman mengharungi liku-liku kepastian janji Ilahi.
|
Read more... (2256 bytes more) 11 Comments
| |
 |
Pengembaraan Dalam Mencari Keyakinan
Posted by ibnu_mahzuz on Saturday, March 14, 2009 - 01:53 AM (1267 Reads)
|
Sekiranya kamu memiliki ilmu keyakinan, atau kamu tahu ni’mat tujuan itu, atau kamu telah ke syurga sedetik, atau kamu telah merasai kepanasan api neraka, atau kamu pernah terpinga- pinga dalam kegelapan kubur, jadilah keadaan kamu tidak seperti sekarang.
Pendahuluan
Segala puji bagi Allah kita memuji mengharapkan perlindungan dan keampunan dariNya. Kita berlindung dengan Allah daripada keburukan serta amalan diri kita.
Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah ta’ala, maka tidak ada yang mampu menyesatkannya, dan barangsiapa yang tidak diberi petunjuk maka tidak ada sesiapa yang mampu menunjukinya ke jalan kebenaran.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah yang esa tiada sekutu baginya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad hamba serta utusan Allah azza wa jalla.
Note: Perkongsian dari wartawan Unit IT PERMAYA online.. Jom baca
|
Read more... (3099 bytes more) 1 Comment
| |
 |
Setiap Orang Islam Tentu berminat mengembalikan zaman kegemilangan Islam
Posted by JuanZain on Thursday, January 29, 2009 - 07:42 PM (1557 Reads)
|
Permasalahannya ialah bagaimana kita dapat menjayakan matlamat ini. Sudah tentu jika kita teruskan amalan sekarang, jika kita tidak mengambil usaha tertentu ke arahnya, kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya. Sebaliknya, besar kemungkinan kita akan ditinggal lebih jauh di belakang.
Langkah pertama yang perlu diambil ialah menentukan matlamat, iaitu mendefinasikan apa yang dimaksudkan dengan kemajuan dan kegemilangan. Walaupun terdapat banyak negara yang ditakrif sebagai negara maju, kita juga tahu bahawa kemajuan mereka daripada segi intelek dan fizikal telah diiringi dengan keruntuhan moral dan akhlak yang ketara. Sudah tentu ini bukanlah contoh kemajuan dan kegemilangan yang kita harus kejar.
|
Read more... (1392 bytes more) comments?
| |
 |
Suatu Masa Dahulu Orang-Orang Islam Adalah Yang Paling Maju Dalam Semua Bidang
Posted by JuanZain on Thursday, January 22, 2009 - 12:46 PM (1691 Reads)
|
Adalah satu fakta sejarah tentang kehebatan islam dan penguasaan dalam ilmu.
Selain dari menjadi penyusun strategi dan pejuang yang terbaik, mereka adalah golongan yang paling berilmu, paling berpengetahuan dan paling liberal di antara manusia-manusia yang ada di dunia pada masa itu. Kini, sukar untuk memikirkan orang-orang Islam sebagai berpengetahuan dan liberal. Tetapi, pertimbangkan situasi dan tamadun Eropah di kurun pertengahan. Apa yang sekarang kita kenali sebagai Barat dahulunya merupakan satu daripada komuniti yang paling ketinggalan di antara bangsa-bangsa di dunia. Mereka begitu percaya kepada kepercayaan karut sehingga mengharamkan sains yang dianggap sebagai ilmu sihir, dan buku-buku disimpan kerana ilmu pengetahuan amat ditakuti. Mereka kerapkali membakar ahli sihir wanita dan dipancung. Hanya golongan paderi sahaja yang boleh mengetahui tentang agama mereka dan perkara-perkara lain. Oleh kerana ilmu bermaksud kekuasaan, maka paderi-paderi itulah yang memerintah secara langsung atau tidak langsung dan mereka menggunakan corak pemerintahan yang ganas semasa Pasitan Sepanyol (Spanish Inquisition) berkurun lamanya. Demikianlah penindasan oleh golongan paderi yang menyebabkan ramai yang berhijrah, mencari kebebasan dari sikap tidak toleran Kristian.
|
Read more... (909 bytes more) comments?
| |
|