members: 25640
guests online: 8
members online: 0
You are an anonymous user. You can register for free by clicking HERE
|
|

This is Topic: Fikrah Penulis Following are the News Items published under this Topic.
|
|
See all
 |
Al Wala' wa Al Bara' (Siri Pertama)
Posted by syazwan_AA on Friday, July 16, 2010 - 02:44 AM (246 Reads)
|
Oleh: Ustaz Nasaruddin Hassan
1.0 Muqaddimah
Konsep al Wala’ dan al Bara’ perlu difahami malah dihayati oleh setiap individu muslim amnya dan pemimpin Gerakan Islam khasnya. Asasnya ialah untuk meletakkan kita jernih aqidah , tulen ibadah , benar amalan dan jelas fikrah bersama perjuangan Islam yang kita dokong biarpun kita berhadapan dengan apa jua situasi .
2.0 Pengertian Al Wala’ dan Al Bara’
2.1 Pengertian Al Wala’ dari segi bahasa
Berasal daripada perkataan æáì- íáì- æáíÇ æáÇíÉ æáÇÁ yang membawa maksud dekat, kasih, mengikut, memberi pertolongan, memberi perlindungan dan sebagainya[1].
|
Read more... (10501 bytes more) comments?
| |
 |
Wasilah-wasilah Ghozwul fikri
Posted by syababkenyir on Thursday, April 22, 2010 - 04:54 AM (245 Reads)
|
Oleh: SixStone04
Sambungan dari siri yang lalu - Bahaya Ghozwul Fikri
Disini sukalah saya mengemukakan antara cara-cara dan langkah-langkah serangan pemikiran terhadap umat Islam secara ringkas insyaAllah. Antara langkah-langkah tersebut ialah:
Langkah yang pertama: Dengan memburuk-burukkan gambaran sebenar akidah, kefahaman dan pemikiran Islam. Disamping itu juga, mereka memburuk-burukkan sistem-sistem Islam yang sedia ada dan seluruh hukum-hakam Islam samada dari sudut syariat, akhlak sosial dan setiap perkara yang berkaitan dengan warisan Islam dan sejarahnya. Langkah inilah yang amat dititik beratkan oleh musuh untuk menghalang dan menyekat manusia dari menganut agama Islam dan memburuk-burukkan Islam di dalam pemikiran dan jiwa mereka yang menatijahkan penganutnya murtad.
|
Read more... (17186 bytes more) comments?
| |
 |
Method Penyatuan Dai’e dan Ulama, Teori dan Praktikal
Posted by apit on Thursday, April 22, 2010 - 04:53 AM (302 Reads)
|
Oleh: Dr.Soleh Al-Dhobyani
Diterjemahkan Oleh: SixStone
Penyatuan Islam adalah merupakan satu tuntutan yang mulia dan ianya juga merupakan satu matlamat yang diimpi-impikan oleh mereka yang ikhlas dalam melihat Islam ditegakkan dikalangan ummah. Ianya telah diwasiatkan kepada kita oleh sumber rujukan utama umat Islam- Al-quran dan sunnah s.a.w.
Tuntutan kepada penyatuan ummah datang secara mutawatir (yang tidak boleh dipertikaikan lagi) dari Al-quran dan sunnah yang menyeru orang-orang Islam ke arah penyatuan dan mengingatkan mereka akibat daripada perpecahan dan pertelingkahan. Sejarah yang telah dilalui oleh umat Islam sendiri telah mengingatkan segolongan dari kalangan ulama dan pemimipin-pemimpin Islam betapa perlunya kepada berfikir secara mendalam dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk sampai kepada penyatuan saf, dan bersatu dalam satu kata supaya dapat keluar dari permasalah dan perselisihan dengan baik. Ini kerana tidak seharusnya bagi orang yang mempunyai akal yang waras dan serta menurut tuntutan syara', kita hanya melihat sahaja musuh-musuh yang semuanya mencampakkan kepada kita unsur-unsur perpecahan dari peluru yang satu dan dalam masa yang sama mereka bersatu suara untuk memecahbelahkan ummah sedangkan kita sebaliknya berpecah-belah.
|
Read more... (14952 bytes more) comments?
| |
 |
Trifokus Muslimah : Dari Bumi Hikmah Membawa Gelombang Ummah
Posted by apit on Thursday, April 22, 2010 - 12:56 AM (261 Reads)
|
Oleh: Ustazah Sensei
1. Peribadi muslimah
2. Keluarga muslim
3. Masyarakat Muslim
Sebagai seorang muslimah, keperibadian mengikut acuan syariat Allah SWT adalah merupakan akhlak terbaik dan mulia serta dapat menjaga diri dari jatuh ke lembah kehinaan. Keperibadian yang dibentuk adalah merupakan persediaan diri dalam menjalani kehidupan mendatang. Seorang muslimah yang menjaga keperibadiannya dari sudut agama, akhlak, ilmu dan banyak lagi amalan baik yang dituntut di dalam Islam akan menjadi qudwah terbaik untuk ahli keluarga dan masyarakat. Maka persediaan dari sudut peribadi mesti dimulakan dan dilakukan dari sekarang.
|
Read more... (6952 bytes more) comments?
| |
 |
GERAKAN MAHASISWA ISLAM ASIA BARAT
Posted by apit on Thursday, April 22, 2010 - 12:55 AM (323 Reads)
|
Oleh:fahin@lyamani
Sambungan dari siri 1..
SUMBANGAN MAHASISWA LEPASAN ASIA BARAT
Dalam melihat kepada ruang lingkup persepsi masyarakat-yang kebanyakannya negatif- terhadap golongan ustazawan seperti yang telah saya sebutkan dalam keluaran yang lepas, sejarah dan realiti tidak dapat menafikan sepenuhnya sumbangan-sumbangan yang pernah dan masih dicurahkan oleh mahasiswa lepasan asia barat. Apa yang bakal saya sebutkan akan berlegar secara umum tanpa melihat kepada skop fikrah dan pandangan politik sebahagian pihak antara pihak yang lain. Sumbangan-sumbangan tersebut antaranya :
|
Read more... (10260 bytes more) comments?
| |
 |
Bahaya Ghozwul fikri
Posted by apit on Tuesday, February 16, 2010 - 04:39 PM (404 Reads)
|
RUANGAN LUJNAH PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN (L.P.P)
Oleh: SiXsToNe04
Apa yang dimaksudkan dengan ghozwul fikri?. Satu persoalan yang agak sukar diertikan. Ianya bolehlah diertikan dengan masuknya ke dalam pemikiran manusia ataupun ke dalam masyarakat satu fahaman ataupun aqidah bagi menggoyahkan pemikiran dan aqidah yang dianuti manusia dari dalam dengan pelbagai jalan dan cara dan dari fahaman-fahaman luar yang asing. Ianya juga boleh didefinisikan secara mudah dengan makna perubahan baru yang terdapat pada strategi-strategi musuh terhadap Islam yang telah meninggalkan cara lama mereka iaitu menjajah negara-negara umat Islam dan menukarkannya kepada menjajah akal pemikiran dan jiwa umat Islam.
Secara jelasnya bagi tiap-tiap peperangan ataupun serangan ada ciri-ciri senjatanya yang tersendiri. Serangan dengan cara ketenteraan iaitu dengan bersenjatakan tentera, kereta kebal, jet pejuang, kapal perang dan lain-lain lagi senjata mewah yang di gunakan dalam misi serangan dan pertempuran. Adapun ghozwul fikri, senjatanya yang paling berkesan pada akal, jiwa, pemikiran dan akidah manusia dan sesuatu bangsa ialah melalui lontaran ucapan, buku-buku, seminar, muhadharah, pendidikan, budaya, tarbiah, ideologi dan syubhat-syubhat.
|
Read more... (13733 bytes more) comments?
| |
 |
Al Waqi'eyyah Al Mithaliyyah-Antara Keindahan dan Kecantikan Islam
Posted by apit on Tuesday, February 16, 2010 - 03:39 PM (388 Reads)
|
RUANGAN LUJNAH PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN (L.P.P)
Oleh: Fahin@lyamani
Baru-baru ini penulis seperti biasa menghadiri kelas idofiy subjek Tarikh Khulafa' atau sejarah pemerintahan dalam Islam. Baru sahaja menghabiskan bab futuhat (pembukaan negara-negara). Satu bab yang panjang dan menginsafkan. Penulis sangat tertarik dengan satu pokok perbincangan yang dilontarkan oleh Dr Abdul Rahman Syuja' tentang natijah futuhat. Salah satunya ialah Al waqi'eyyah wal mithaliyyah yang menjadi salah satu dari kecantikan dan kecemerlangan Islam. Penulis pada mulanya agak keliru dan kurang faham tentang maksud Al Waqi'eyyah dan Al Mithaliyyah itu walaupun secara harfinya penulis faham apa maksud kedua-dua kalimah tersebut yang memberi maksud realiti dan contoh tauladan. Apa yang menjadi persoalan ialah fikrah yang terkandung di dalam kedua-dua istilah tersebut.
|
Read more... (7861 bytes more) comments?
| |
 |
Ideologi Dan Agama-Satu Penjelasan
Posted by apit on Monday, February 15, 2010 - 11:50 PM (502 Reads)
|
RUANGAN LUJNAH PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN (L.P.P)
Oleh: SiXsToNe04
Apakah itu ideologi?
Ideologi ialah satu fahaman, teori, haluan, ataupun aliran pemikiran yang diwujudkan oleh cerdik pandai dikalangan manusia yang berpengaruh dan tidak beriman dengan ALLAH S.W.T. Mereka merasakan diri mereka sudah maju dalam urusan kehidupan dengan bertopengkan sains.
Fahaman ini merupakan ajaran baru yang tidak lagi dinamakan agama, tetapi dinamakannya dengan ideologi ataupun teori. Ianya bukan sahaja menjadi pendapat, tetapi sesuatu keyakinan yang berbentuk akidah yang diperjuangkan dengan penuh kesungguhan dan pengorbanan. Diantara aliran-aliran fahaman songsang yang wujud hingga sekarang ialah komunisma, sekularisma, kapitalisma, liberalisma dan berbagai lagi isma-isma sesat yang menyimpang daripada agama Islam dan fitrah manusia.
|
Read more... (8423 bytes more) comments?
| |
 |
Ma'al Hijrah: Apa Peranan Kita?
Posted by antusufi on Thursday, December 24, 2009 - 04:14 PM (557 Reads)
|
Dipetik dari: www.alwatary.blogspot.com
Oleh: Ahmad Yamani
Baru sahaja dunia melangkah ke tahun baru Hijrah (sedikit lagi akan ke tahun baru Masihi pula). Pastinya pelbagai sambutan, aktiviti, dan upacara akan diadakan. Ianya sudah menjadi rutin tahunan masyarakat kita. Tahukah kalian tema Ma'al Hijrah pada kali ini?
Sebelum kalian menjawab soalan tersebut, suka saya bertanyakan satu soalan yang lain. Untuk apakah Ma'al Hijrah diperingati? Untuk membawa kalian ke jalur yang lebih jauh lagi, mari sama-sama kita membelek sejarah dengan satu lagi soalan, apakah itu Ma'al Hijrah?
Note: Salam Tahun Baru kepada semua pengunjung PERMAYA.org
|
Read more... (3997 bytes more) comments?
| |
 |
Bahaya H1N1
Posted by ibnuridasz83 on Sunday, November 15, 2009 - 07:36 PM (610 Reads)
|
Oleh: Fateh Al Yamani
Dewasa ini, seluruh dunia dikejutkan dengan penyakit Selsema Babi (H1N1). Ia menjadi isu yang hangat dibincangkan oleh setiap pihak. Sebenarnya, penyakit ini hanya berligar dikalangan haiwan. Namun kini ia juga berjangkit kepada manusia. Sudah tentu kita merasa hairan mengapa penyakit yang kebiasaannya menimpa haiwan kini merebak kepada manusia. Negara kita Malaysia yang tercinta tidak terlepas dalam menghadapi isu ini.
|
Read more... (1845 bytes more) comments?
| |
|