">
Welcome to Persatuan Pelajar Malaysia Yaman PERMAYA
    

   
   
  Ahlan Wasahlan !
Home Quran Tafsir Hadith Forum Download
Login
 Username
 Password
 Remember me


 Log in Problems?
 New User? Sign Up!

Menu User
· Home

PERMAYA
New Page 2
Informasi :
  • What's New!

    Organisasi :
  • Pimpinan 2003/04
  • Pimpinan 2004/05
  • Pimpinan 2005/06
  • Pimpinan 2006/07
  • Pimpinan 2007/08
  • Pimpinan 2008/09
  • Pimpinan 2009/10
  • Pimpinan 2010/11

    A.J.K Unit IT :
  • Unit IT 2005/06
  • Unit IT 2006/07
  • Unit IT 2007/08
  • Unit IT 2008/09
  • Unit IT 2009/10

    Menu Utama :
  • Info Yemen
  • Kedutaan
  • Sejarah PERMAYA
  • Matlamat PERMAYA
  • Logo PERMAYA
  • Manual PERMAYA
  • UPP PERMAYA
  • Pengajian Di Yaman

    Caw. Hadramaut :
  • PERMAYA Hadramaut
  • Organisasi
  • Darul Mustafa
  • Rubat Tareem

    Ilmiah :
  • Mukjizat Saintifik
  • Tafsir Al-Quran

    Perkhidmatan :
  • Carian
  • Download
  • Pengguna PDA
  • Rangkaian Web
  • Forum Komuniti
  • Galeri PERMAYA
  • Flash Games
  • Nasyid Arab
  • Lirik Nasyid
  • Arkib Tulisan Rawak
  • Kiraan Zakah

    Sumbangan :
  • Hantar Soalan
  • Hantar Tulisan
  • Hantar Lirik
  • Hantar Web Anda

    Sokongan :
  • Banner Promosi
  • Hubungi Webmaster
  • Hubungi PERMAYA
  • Promosikan Kami

    Info Laman :
  • Senarai Ahli
  • Statistik Laman
  • Senarai Popular


  • Arkib












    Headlines







    Online Panel
    members: 25585
    guests online: 7
    members online: 0

    You are an anonymous user. You can register for free by clicking HERE


    Masih Adakah Lelaki Sepertinya??
    Posted on Jul 26, 2010 - 07:39 PM by Ar-Ridhwan

    Tazkirah Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran... Cara Rasulullah Melayani Isterinya

    1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

    2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
    urusan rumahtangga.


    Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran... Cara Rasulullah Melayani Isterinya

    1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

    2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
    urusan rumahtangga.

    3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

    4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Makanan mentah pun tiada kerana Sayyidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Humaira?’ (Humaira adalah panggilan mesra untuk Sayyidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
    Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
    Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

    5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
    Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
    ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
    ‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s.a.w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

    6) Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

    7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
    Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

    ‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’
    ‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’
    ‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.

    Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
    Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

    ‘Ya Rasulullah! Adakah bila Rasulullah menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat Rasulullah?’
    Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

    8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

    9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

    10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

    11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika dihadapan orang ramai mahupun dalam keseorangan.

    12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh kerana kakinya membengkak akibat terlalu kuat beribadah.

    13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
    Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.

     
    Related links
     More about Tazkirah
     News by Ar-Ridhwan
     Arkib tulisan
     Hantar tulisan


    Most read story in Tazkirah:
    Tanggungjawab Seorang Isteri

    Options

    (198 Reads)
    Printer friendly page
    Send this story to a friend



    Comments
    mohamad
    29.08.10, 17:32
    jadikan panduan....
    Only logged in users are allowed to comment. register/log in


    EasyNet Interactive Web Hosting | Domain Registration

    Site hosted by: EasyNet Interactive
    Web Hosting | Domain Registration.
    Persatuan Pelajar Malaysia Yaman PERMAYA
    P.O Box 3909, Tahrir Street, Sana'a, Republic Of Yemen.
    Email : permayaman@hotmail.com | admin@permaya.org
    Copyright © PERMAYA Since 2003 | Support Our Sponsor by bey
    PERMAYA Online dibangunkan menggunakan pelantar php