">
Welcome to Persatuan Pelajar Malaysia Yaman PERMAYA
    

   
   
  Ahlan Wasahlan !
Home Quran Tafsir Hadith Forum Download
Banner

Banner Promosi
Lihat Banner

Login
 Username
 Password
 Remember me


 Log in Problems?
 New User? Sign Up!

Menu User
· Home

PERMAYA
New Page 2
Informasi :
  • What's New!

    Organisasi :
  • Pimpinan 2003/04
  • Pimpinan 2004/05
  • Pimpinan 2005/06
  • Pimpinan 2006/07
  • Pimpinan 2007/08
  • Pimpinan 2008/09
  • Pimpinan 2009/10

    A.J.K Unit IT :
  • Unit IT 2005/06
  • Unit IT 2006/07
  • Unit IT 2007/08
  • Unit IT 2008/09

    Menu Utama :
  • Info Yemen
  • Kedutaan
  • Sejarah PERMAYA
  • Matlamat PERMAYA
  • Logo PERMAYA
  • Manual PERMAYA
  • UPP PERMAYA
  • Pengajian Di Yaman

    Caw. Hadramaut :
  • PERMAYA Hadramaut
  • Organisasi
  • Darul Mustafa
  • Rubat Tareem

    Ilmiah :
  • Mukjizat Saintifik
  • Tafsir Al-Quran

    Perkhidmatan :
  • Carian
  • Download
  • Pengguna PDA
  • Rangkaian Web
  • Forum Komuniti
  • Galeri PERMAYA
  • Flash Games
  • Nasyid Arab
  • Lirik Nasyid
  • Arkib Tulisan Rawak
  • Kiraan Zakah

    Sumbangan :
  • Hantar Soalan
  • Hantar Tulisan
  • Hantar Lirik
  • Hantar Web Anda

    Sokongan :
  • Banner Promosi
  • Hubungi Webmaster
  • Hubungi PERMAYA
  • Promosikan Kami

    Info Laman :
  • Senarai Ahli
  • Statistik Laman
  • Senarai Popular


  • Arkib












    Headlines







    Online Panel
    members: 20485
    guests online: 11
    members online: 0

    You are an anonymous user. You can register for free by clicking HERE


    Soalan Terakhir


    Assalamualaikum, hukum lelaki memakai pakaian sutera adalah haram. Adakah hukum ini terma...
    Assalamualaikum w.b.t 1) Ana ingin tahu senarai ulama-ulama yang terdapat di Yaman. ...
    Assalamualaikum. Saya ditawarkan jawatan sebagai pensyarah di Twintech University Yaman da...
    Asalamualikum,saya nak tanya.saya berminat sangat nak belajar di yemen tapi saya tidak tah...
    Assalamualaikum, Hukum orang lelaki memakai tie 100% sutera adalah haram, bagaimana jik...
    assalamualaikum,...apakah perbedaan antara dunia dan akhirat mengikut pandangan ulama' tas...
    Assalamualaikum...soalan saya ialah apakah hukum seorang yang melakukan perbuatan Onani at...
    Assalamualaikum...saya tak tahu macam mana nak luahkan..saya baru aja bertaubat dan kembal...
    Assalamualaikum..untuk pengetahuan semua dlm kira2 5bln lepas sy tlh bertaubat dan kembali...
    assalamualaikum..saya ada kemuskilan pada nazar iaitu semasa dibangku sekolah semasa berus...

    Padamkan Api Amarah Mu
    Posted on Jun 22, 2007 - 12:49 PM by shah

    Tazkirah Mengapa MARAH? Sifat marah merupakan salah satu sifat semula jadi yang dimiliki oleh manusia. Tahap kemarahan seseorang berbeza antara satu sama lain.Ada yang cepat marah, dan ada yang lambat marah. Kemarahan berlaku selalunya bersebab. Orang yang marah selalunya hilang pertimbangan akal fikiran, keluar kata-kata negetif dan bertindak kasar.Marah tidak bertempat adalah sifat mazmumah.

    Oleh itu hindarilah sifat tersebut dalam diri kita dengan menerima sesuatu yang berlaku sebagai takdir Allah dan ucapkanlah "inna lilahi wainna lilahi rajiun'. Sebuah kisah yang boleh menjadi pengajaran. Pada suatu hari, ketika Qais bin Asim sedang berehat, masuklah seorang hamba dengan membawa besi daging panggang yang panas. Sebelum sempat daging dihidangkan tiba-tiba besi tersebut jatuh atas anak Qais dan menyebabkan anak tersebut meninggal.

    Qais yang melihat kejadian itu dengan tenang dan berkata" saya tidak marah kepada kamu, malahan saya akan membebaskan kamu pada hari ini. Hamba yang sedang mengiggil ketakutan terkejut mendengar kata-kata qais Dia begitu kagum dengan sikap sopan santun dan pemaafnya. Qais faham segala sesuatu itu milik Allah dan kepadaNya kita akan dikembalikan.

    Banyakkan berdiam diri dan banyakan baca a'uzubilahi minas syaitanirrajim' kerana marah itu datang daripada syaitan. Rasulullah s.a.w bersabda Sesungguhnya saya akan mengajar satu kalimah sekiranya ia diucapkan, necasya hilanglah ia [marah] daripada nya iaitu a'uzubilahi minas syaitanurajim'. Berdiam diri mengelakkan pergaduhan yang boleh memburukan lagi keadaan.

    Ambil waduk untuk melegakan api kemarahan. Bawa bertenang, duduk dan santaikan diri buat sementara. Perbanyakan istighfar kerana ia boleh menenangkan jiwa. Rasulullah s.a.w bersabda Apabila seseorang kamu marah, sedang ia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti [maka baiklah], Jika belum, maka hendaklah dia berbaring. tambah baginda lagi " Sesungguhnya marah itu daripada syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api, dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah berwuduk"

    Abu Hurairah mengisahkan ada seorang lelaki memarahi Abu bakar yang ketika itu Rasulullah s.a.w duduk disebelahnya. Oleh kerana Rasulullah dan Abu bakar berdiam diri maka lelaki tersebut mengeluarkan kata-kata yang kesat, lalu Abu bakar membalas maki hamun tersebut. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w bangun dan meninggalkan tempat duduknya. Abu bakar berasa hairan dan bertanya mengapa Rasulullah meninggalkannya.

    Rasulullah s.a.w menjawab " Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalasnya, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan"

    Baginda berkata lagi " Allah akan memuliakan HambaNya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah". Abu Huraurah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda " Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat" " Marah itu awal segala keburukan" sikap marah itu menyebabkan iblis terusir dari syurga. Iblis dengan rasa marah engan akur dengan perintah Allah SWT untuk memuliakan Adam a.s.

    Latih diri berakhlak mulia seperti sabar, lemah lembut dan pemaaf. Ikutilah contoh teladan Rasullulah s.a.w yang memang terkenal kerana akhlaknya. Allah SWT berfirman :" Orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan [ingatlah] Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara kebaikan" [ surah al-imran :134]

    Selalulah bermohon kepada Allah agar dilindungi oleh syaitan. Allah SWT berfirman " Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui [ surah al-A'raf: 200]

    Al-Tirmizi meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda " Bukannya kuat [ kerana dapat mengalahkan orang] dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah "

    Sesungguhnya peribadi muslim dan muslimah yang cermerlang memiliki sifat yang sabar. Sifat sabar ini bertentangan dengan sifat marah. Sifat sabar ini menjadikan jiwa lebih tabah dan tenang, boleh berfikir jauh dan meletakkan keyakinan terhadap kuasa Allah SWT.

     
    Related links
     More about Tazkirah
     News by shah
     Arkib tulisan
     Hantar tulisan


    Most read story in Tazkirah:
    Tanggungjawab Seorang Isteri

    Options

    (2441 Reads)
    Printer friendly page
    Send this story to a friend



    Comments
    ex_yamani
    28.06.07, 20:56
    ramai yg marah tika hak sendiri dikebas org
    ramai juga yg marah tika diri dimarah org
    ramai lg yg marah tika berbaris tiba2 dipotong org
    tapi ramai ke yg marah tika diri terjebak dlm maksiat?
    ramai jugak kot.
    Only logged in users are allowed to comment. register/log in


    EasyNet Interactive Web Hosting | Domain Registration

    Site hosted by: EasyNet Interactive
    Web Hosting | Domain Registration.
    Persatuan Pelajar Malaysia Yaman PERMAYA
    P.O Box 3909, Tahrir Street, Sana'a, Republic Of Yemen.
    Email : permayaman@hotmail.com | admin@permaya.org
    Copyright © PERMAYA Since 2003 | Support Our Sponsor by bey
    PERMAYA Online dibangunkan menggunakan pelantar php